Bawa Bersama Antioxidant Serum ke Korea

23 Mar 2019

by Halimah

     Setiap wanita sememang menitikberatkan penjagaan wajah, bohonglah kalau uoll tak ambil kisah dengan kulit uoll. Tidak kira usia, muda ataupun dah berumur termasuklah Seri Wangi. Penampilan diri itu perlu walaupun kita seorang suri rumahtangga, jangan ingat orang yang bekerja saja yang sibuk nak jaga kulit wajah dorang. Kalau takut cik abang lari...baik uoll mulai sekarang jaga penampilan diri.

 

     Haaaaa....jangan marah, tidak semestinya orang cantik jer yang nak cantik, macam kita ni yang biasa-biasa jer...perlu juga nak cantik dan kelihatan kemas sentiasa walaupun duduk di rumah, tak perlulah nak bermakeup kat rumah pulak sebab nak nampak cantik nanti cik abang kata buang tebiat gamaknya bini aku ni...haaaaa...betul tak? yang penting wajah kita sentiasa nampak bersih, ayu dan awet muda mata memandang. Risau tak tau produk apa yang sesuai untuk kulit wajah uoll? Kadang-kala kita ni malas sikit nak ikut routine cuci muka, tulah,,,yang menyebabkan tiba-tiba tumbuh jerawatlah, jeragatlah, nampak garis-garis halus di muka, dahi, area mata termasuklah Seri Wangi....heeeee.

     Seri Wangi ada berita baik untuk uoll yang sedang mencari produk yang sesuai untuk kulit wajah uoll agar nampak glowing dan ayu serta berseri-seri kembali. Seri Wangi sekarang menjaga kulit wajah dengan Sanny & Joleen Antioxidant Serum  yang sesuai kulit wajah Seri Wangi yang kering, berjeragat dan ada garis-garis halus dan kedutan memandangkan peringkat usia yang membuatkan kulit wajah mengalami banyak perubahan. Jadi dengan memakai Antioxidant Serum akan membuatkan kulit wajah kita lembab sentiasa dan glowing.

 

     Sanny & Joleen Antioxidant Serum mengandungi Vitamin E Tocotrienol dan Tokoferol, Vitamin B5, B3, Calendula Oil dan Olive Oil dan tidak berminyak dan sejuk. Tocotrienol ni amat terbukti 40-60 lebih kuat sebagai antioksidan berbanding dengan vitamin E  (Alpha Tocoferol). Tocotrienol pula adalah dari sumber kelapa sawit yang dapat melindungi daripada cahaya matahari, radiasi dan ozon ultraviolet. Dengan Serum Antioksidan ini akan membuatkan kulit wajah kita anjal, mencegah dari penuaan, mencerahkan kulit wajah yang kusam dan berseri dan kulit wajah tampak sihat.

Sanny & Joleen Antioxidant Serum dapat membantu:
  • mengurangkan bintik-bintik hitam dan jeragat
  • Menghilangkan jerawat dan bekas-bekas jerawat
  • Menghilang parut di wajah
  • Menghilangkan kesan sinaran matahari
  • Mengurangkan Stretch Mark
  • Melicin dan mencerahkan kulit kering dan kusam
  • Mengdehidrasi dan melembabkan kulit wajah

 

Kandungan yang terdapat pada Sanny & Joleen Antioxidant Serum: 
  • Tiada Sodium Laureth Sulfate
  • Tiada Derivatif Haiwan
  • Tiada Minyak Mineral
  • Tiada Paraben
  • Tiada Detergen Harsh
  • Tiada Alkohol
  • Tiada EDTA
  • Tiada Warna Buatan
  • Tiada wangian sintetik
  • Tiada Propylene Giycol

      Ketika Seri Wangi travel ke Korea Selatan minggu lepas, Seri Wangi tidak lupa membawa Antioxidant Serum ni sekali, sebelum Seri Wangi bermakeup, Seri Wangi tidak lupa sapu serum ni ke wajah agar kulit tidak kering memandangkan cuaca di Korea Selatan sangat sejuk hingga 1 celcius,  memang bagus sangat kerana ianya dapat melembabkan kulit wajah.

Related Products: